Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

Projek Seluar Latihan Cekak (nak buat seluar tidur pun ok kan...)

Assalamualaikum semua, pagi2 sabtu ni ada masa la sikit nak menaip blog ni. Kalo hari2 lain tu duk buat menda lain...

InsyaAllah ni projek terbaru, seluar silat. Kalau nak beli kt kedai ada la dalam RM60 - RM80 sehelai, so baik cuba buat. Ukuran tu dah ada (cilok ukuran seluar slack... hehehe...)

Projek Tudung Ekin

Dah seminggu menunggu jarum emas order from LSN x sampai2, plan nk start weekend ni tp nampaknya terpaksalah on projek yang lain dulu..
Tudung ni saya buat untuk isteri tercinta, so senang cintaku nak bersiap,

Wednesday, March 10, 2010

Projek Sarung Bantal Kusyen

----> Part I
Assalamualaikum semua.. 2 malam lepas, lepas tengok Gelanggang Raja Lawak Astro tu, nampak la ada 2 kusyen lama yg tak bersarung. Apa lagi, terus ambil pen, design sarung bantal baru, ukur, potong kain pastu jahit. Pukul 2 pagi baru siap. Punya la semangat, esok kt ofis mata kuyu je la. hehehe...

Nanti saya upload gambo2 nya and step2 macam mana nak buat sarung bantal tu. Xsempat lagi nk upload, bz sket 2 3 hari ni... 

----> Part II
baru balik majlis cekak ni, mata xngantuk, rasa nk sambung upload untuk projek kali ni.
Kusyen Lama di rumah sewa. Saiz 17'' x 17''

Design atas kertas dulu...

Bahagian yang siap dipotong. Ukuran 17'' x 17''. Kain belang biru bahagian hadapan n hijau belakang.

Bahagian hadapan yg siap dijahit. Guna konsep patchwork. Guna jahitan zig-zag dibahagian cantuman.

Setelah dicamtun. Bahagian pintu menggunakan zap-on. (sebab tu je yg ada, malas nk kuor cari zip.. hehe...)

Itulah hasil kerja selama lebih kurang 3 jam. Lepas siap terus guna untuk tidur. Sebenarnya saya eksperimen patchwork style ni. Pening juga la mcm mana nak cantum kain belang dengan kain hijau tu. Walaupun ada sedikit kecacatan kepada hasil jahitan pada mulanya, tapi berjaya modified. Buka balik jahitan pada keesokan harinya dan jahit semula. Baru puas hati... hehehe.. (bila fikir balik, kenapakah saya tidak tampal saja kain belang biru itu atas kain hijau, hasilnya tetap sama bahkan lagi kemas... tula hasil keje kalo tgh malam ni... :-) )

Kepada semua, sesiapa berminat boleh hubungi saya disini. Macam besa, kami juga menerima tempahan untuk design sarung bantal jenis ini, atau apa2 design mengikut citarasa anda. Jumpa lagi...

Sunday, March 07, 2010

Projek Pola Baju Kurung Pesak Gantung/Riau

insyaAllah ni projek seterusnya... skrg ni dalam proses mengumpul maklumat dan saya akan buat nota atas kefahaman dan pengalaman saya. Dalam nota ni terkandung;
- Cara mengambil ukuran di badan
- Cara mengambil ukuran drpd baju sedia ada
- Cara melukis pola
- Cara memotong kain
- Tips - Elak baju nampak terjungkit
          - Mcm mana nk dapatkan bentuk V tajam di leher baju
          - Teknik jahitan mata lalat untuk leher baju

Maklumat2 saya ambil daripada bloggers yg sudi berkongsi secara online, insyaAllah akan sy sertakan sekali link mereka...

doakan saya dapt menyiapkan secepat mungkin, dan dapatlah kita sesama berkongsi ye...

Projek Bag Alatan Jahitan

Projek kedua ni dapat ilham selepas tgk peralatan menjahit berselerak, letak dalam bag plastik je.. sedih betul... terus dapat idea, potong kain lebih buat Sarung Bantal Muazz tu, then ukur sikit, terus jahit, dalam 15min siap.. puas hati kalo siap satu projek ni..

Ni gambarnya, menggunakan zap-on untuk tutup bag ni, size 9''x5''x2''. Ditempat lipatan tu saya jahit untuk membentuk tetulang, supaya nampak macam kotak...



Projek ni pun, silalah komen, kami juga menerima tempahan untuk projek ini...

Projek Sarung Bantal Muazz

ni projek pertama, Sarung Bantal Muazz... Dapat ilham selepas window shopping kt Ausino aritu, so ade kain lebih buat barut baby Muazz aritu, terus je design buat sarung bantal ni...

 

Saya memang minat dengan sarung bantal yg ade lebih kt tepi tu, pening gak pk cane nk catumkan tepi tu sebab saya potong 45deg, nk bg nampak mcm satu line kn...

Sarung bantal ni untuk bantal bersaiz 15in x 11in. Kalo campur dengan tepi tu, saiz sarung bantal ni 18inx4in. Kain jenis cotton bidang 30, lembut dan sesuai untuk buat barut baby...

Yg ni kalo ade yg berminat nak tau, sila komen, saya akan cerita lebih lanjut lg... Kami juga boleh menerima tempahan untuk membuat sarung bantal mcam ni, sila berhubung untuk mendapatkan meklumat lanjut... jumpa lagi...