Showing posts with label sarung bantal. Show all posts
Showing posts with label sarung bantal. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Projek Sarung Bantal Kusyen

----> Part I
Assalamualaikum semua.. 2 malam lepas, lepas tengok Gelanggang Raja Lawak Astro tu, nampak la ada 2 kusyen lama yg tak bersarung. Apa lagi, terus ambil pen, design sarung bantal baru, ukur, potong kain pastu jahit. Pukul 2 pagi baru siap. Punya la semangat, esok kt ofis mata kuyu je la. hehehe...

Nanti saya upload gambo2 nya and step2 macam mana nak buat sarung bantal tu. Xsempat lagi nk upload, bz sket 2 3 hari ni... 

----> Part II
baru balik majlis cekak ni, mata xngantuk, rasa nk sambung upload untuk projek kali ni.
Kusyen Lama di rumah sewa. Saiz 17'' x 17''

Design atas kertas dulu...

Bahagian yang siap dipotong. Ukuran 17'' x 17''. Kain belang biru bahagian hadapan n hijau belakang.

Bahagian hadapan yg siap dijahit. Guna konsep patchwork. Guna jahitan zig-zag dibahagian cantuman.

Setelah dicamtun. Bahagian pintu menggunakan zap-on. (sebab tu je yg ada, malas nk kuor cari zip.. hehe...)

Itulah hasil kerja selama lebih kurang 3 jam. Lepas siap terus guna untuk tidur. Sebenarnya saya eksperimen patchwork style ni. Pening juga la mcm mana nak cantum kain belang dengan kain hijau tu. Walaupun ada sedikit kecacatan kepada hasil jahitan pada mulanya, tapi berjaya modified. Buka balik jahitan pada keesokan harinya dan jahit semula. Baru puas hati... hehehe.. (bila fikir balik, kenapakah saya tidak tampal saja kain belang biru itu atas kain hijau, hasilnya tetap sama bahkan lagi kemas... tula hasil keje kalo tgh malam ni... :-) )

Kepada semua, sesiapa berminat boleh hubungi saya disini. Macam besa, kami juga menerima tempahan untuk design sarung bantal jenis ini, atau apa2 design mengikut citarasa anda. Jumpa lagi...

Sunday, March 07, 2010

Projek Sarung Bantal Muazz

ni projek pertama, Sarung Bantal Muazz... Dapat ilham selepas window shopping kt Ausino aritu, so ade kain lebih buat barut baby Muazz aritu, terus je design buat sarung bantal ni...

 

Saya memang minat dengan sarung bantal yg ade lebih kt tepi tu, pening gak pk cane nk catumkan tepi tu sebab saya potong 45deg, nk bg nampak mcm satu line kn...

Sarung bantal ni untuk bantal bersaiz 15in x 11in. Kalo campur dengan tepi tu, saiz sarung bantal ni 18inx4in. Kain jenis cotton bidang 30, lembut dan sesuai untuk buat barut baby...

Yg ni kalo ade yg berminat nak tau, sila komen, saya akan cerita lebih lanjut lg... Kami juga boleh menerima tempahan untuk membuat sarung bantal mcam ni, sila berhubung untuk mendapatkan meklumat lanjut... jumpa lagi...