Tuesday, November 01, 2011

iPad baru

Tgh test iPad nik update blog... Canggih ke x baru nk test ni...

Saturday, April 24, 2010

Projek Seluar Latihan Cekak (nak buat seluar tidur pun ok kan...)

Assalamualaikum semua, pagi2 sabtu ni ada masa la sikit nak menaip blog ni. Kalo hari2 lain tu duk buat menda lain...

InsyaAllah ni projek terbaru, seluar silat. Kalau nak beli kt kedai ada la dalam RM60 - RM80 sehelai, so baik cuba buat. Ukuran tu dah ada (cilok ukuran seluar slack... hehehe...)

Projek Tudung Ekin

Dah seminggu menunggu jarum emas order from LSN x sampai2, plan nk start weekend ni tp nampaknya terpaksalah on projek yang lain dulu..
Tudung ni saya buat untuk isteri tercinta, so senang cintaku nak bersiap,

Masa dan Wang

Assalamualaikum semua.. dah sekian lama x update blog ni, bz dengan urusan dunia. 

Ada orang Alim2 bgtau, kita ni kena bersyukur dan redho seadanya, baru berkat. X cukup masa dengan pemberian Allah selama 24 jam atau 1440 mins atau 86400 saat itu tanda masa kita kurang keberkatan.. jadi fikir-fikirkan lah ya...

Begitu juga dengan kewangan kita, gaji riban2 tapi x pernah cukup2.. masuk gaji je abis, gaji je abis.. tu tanda x berkat lah tu, banyak cabaran kita kerja office hours based ni, nk kena commited across agreed time seperti tercatat dalam contract of service yang kita sign masa mula2 kerja dulu. Fikir-fikirkan lah ya....

Wednesday, March 10, 2010

Projek Sarung Bantal Kusyen

----> Part I
Assalamualaikum semua.. 2 malam lepas, lepas tengok Gelanggang Raja Lawak Astro tu, nampak la ada 2 kusyen lama yg tak bersarung. Apa lagi, terus ambil pen, design sarung bantal baru, ukur, potong kain pastu jahit. Pukul 2 pagi baru siap. Punya la semangat, esok kt ofis mata kuyu je la. hehehe...

Nanti saya upload gambo2 nya and step2 macam mana nak buat sarung bantal tu. Xsempat lagi nk upload, bz sket 2 3 hari ni... 

----> Part II
baru balik majlis cekak ni, mata xngantuk, rasa nk sambung upload untuk projek kali ni.
Kusyen Lama di rumah sewa. Saiz 17'' x 17''

Design atas kertas dulu...

Bahagian yang siap dipotong. Ukuran 17'' x 17''. Kain belang biru bahagian hadapan n hijau belakang.

Bahagian hadapan yg siap dijahit. Guna konsep patchwork. Guna jahitan zig-zag dibahagian cantuman.

Setelah dicamtun. Bahagian pintu menggunakan zap-on. (sebab tu je yg ada, malas nk kuor cari zip.. hehe...)

Itulah hasil kerja selama lebih kurang 3 jam. Lepas siap terus guna untuk tidur. Sebenarnya saya eksperimen patchwork style ni. Pening juga la mcm mana nak cantum kain belang dengan kain hijau tu. Walaupun ada sedikit kecacatan kepada hasil jahitan pada mulanya, tapi berjaya modified. Buka balik jahitan pada keesokan harinya dan jahit semula. Baru puas hati... hehehe.. (bila fikir balik, kenapakah saya tidak tampal saja kain belang biru itu atas kain hijau, hasilnya tetap sama bahkan lagi kemas... tula hasil keje kalo tgh malam ni... :-) )

Kepada semua, sesiapa berminat boleh hubungi saya disini. Macam besa, kami juga menerima tempahan untuk design sarung bantal jenis ini, atau apa2 design mengikut citarasa anda. Jumpa lagi...

Sunday, March 07, 2010

Tutorial Membuat Baju Kurung

Assalamualikum... Apa khabar semua... jalan-jalan cari makan td, sambil2 nk kumpul notes untuk manjahit ni, terjumpa blog Sebatang Jarum Emas. Bagus blog ni, Kak Nur ni sudi berkongsi tentang jahitan ini dan tak lokek memberi tips.

Antara kandungan yg saya dapati menarik (tentang jahitan ye, byk lg y menarik dblogkan);

Semoga mendapat manfaat bersama ya... sama2 kita saling mendoakan kebaikan sesama kita... amin.

Projek Pola Baju Kurung Pesak Gantung/Riau

insyaAllah ni projek seterusnya... skrg ni dalam proses mengumpul maklumat dan saya akan buat nota atas kefahaman dan pengalaman saya. Dalam nota ni terkandung;
- Cara mengambil ukuran di badan
- Cara mengambil ukuran drpd baju sedia ada
- Cara melukis pola
- Cara memotong kain
- Tips - Elak baju nampak terjungkit
          - Mcm mana nk dapatkan bentuk V tajam di leher baju
          - Teknik jahitan mata lalat untuk leher baju

Maklumat2 saya ambil daripada bloggers yg sudi berkongsi secara online, insyaAllah akan sy sertakan sekali link mereka...

doakan saya dapt menyiapkan secepat mungkin, dan dapatlah kita sesama berkongsi ye...